Welcome to DUNIA NURASMA♥♥♥. Kalau dah baca tu , jangan lah lupa follow Asma balik ye Nanti korang beritahu dalam SHOUT BOX, InsyaALLAH Asma follow korang balik. Terima Kasih :)

Thursday, May 30, 2013

Melaka , InsyaALLAH hari ini aku sampai :)


Hai dan hello stalker sekalian . Lewat-lewat ini lah baru ada masa nak update blog . Sebenarnya tak ada apa yang nak di-post kan tapi bila dah ada peluang ni kan , kita update jelah . Say tahu bukan ada orang tengok pun tapi takpelah . Ini blog kita kan , buat lah ape yang nak buat asalkan tidak ke arah keburukan . Ehekkk .  Just nak cerita , esok kalau tiada apa-apa halangan nak balik kampung . Hihikkk . Nanti dekat sanee blog tak dapat nak update dah . Alahai . Baru nak bermanja tangan nak menaip blog minggu ni , dan dann tak dapat untuk seminggu . Rindu lah dekat awak dear Dunia Nurasma . hahaha *macam hidup pulak blog ni kan . Ishhh . Jangan taksub sangat dengan benda-benda karut ni . Tak baik tauuu .
Next post nak cerita pasal bedak arab . Tunggu tawwww ^^v

Monday, May 27, 2013

Apabila malam menjadi siang . Hihi

Heloo dan selamat pagi wahai blogger sekalian , layan blog ni pun sebab tak dapat nak tidur ni . Tu laaaa , dah terlampau biasakan sangat tidur lambatkan ... ini makan dia. Hihi Rasa risau pulak kalau asyik terlalu biasakan sangat tak tidur malam ni . Nanti dekat kolej nanti , parents dah tak boleh nak kejutkan kita pagi-pagi macam nak sembahyang subuh ke , pergi kelas ke dan sebagainya . ehekkk . Ini semua atas diri sendiri sahaja lah kalau dah masuk dalam alam kolej ni. Alahai , tak sempat nak honeymoon lama-lama lepas habis SPM tahun lepas . Tahun ni walaupun Asma tak sekolah , tapi kena tetap bangun pagi jugak sebab jadi PEMANDU TERHORMAT untuk mak . Hahah . Caption bagi besar sikit lah kan . Bukan nak mengeluh dengan apa yang Asma kena buat selama ni , tetapi tahun ni sama je macam alam persekolahan . Pagi-pagi kena bangun macam nak pergi sekolah jugak . Ahaha . Tapi takpa, menolong ibu itu besar pahalanya InsyaALLAH. Lagi-lagi kalau hantar itu kerana ikhlas dan bukan paksaan . Alahai , kalau kita nampak pahala tu macam mana , kita semua ni mesti terkejar-kejar nak berebut pahala tu kan tapi ALLAH nak tengok sejauh mana iman hamba-hambaNya ini . Allahurobbi . Islam ini agama yang mudah . Kita je yang mengada-ngada sangat menyukarkan ia kalau pasal agama. Kalau pasal K-Pop , laju je kan budak-budak sekarang dan ada sampai marah kalau konsert K-Pop dibatalkan. Astagfirullah , dunia akhir zaman sayang . Semoga Allah berikan hidayah untuk umat-umat Nabi Muhammad sekalian dan termasuk saya yang tidak serba sempurna ini . Ajal dan maut di tangan Allah . Pintu taubat tidak akan menunggu kita untuk bertaubat . Jangan kita kalau dah masuk dalam liang lahad , baru nak kembali menyembah ALLAH kerana orang yang tidak kuat tentang agama ini akan menyesal bila dah meninggal dunia . Ini adalah kisah benar dan saya tidak tambah-tambahkan cerita ini . Segala yang buruk datangnya dari saya dan segala yang baik datangnya dari ALLAH s.w.t . Wallahua'lam

Sunday, May 26, 2013

Rindu sangat dekat Blog ni :'(


Ada lagi ke follower dalam ni ? Nak dekat setahun lebih tak buka , then bila baca balik semua dalam ni , nak tergelak pun ada . Hihi . Itu masa dunia tak matang lagi . Alam persekolahan kan . Hehh , mcam tuu laa gaya nyaa . Ya Allah , dah lama sangat tak menaip ni . Rasa kekok pun ada . hihi . InsyaALLAH , nak kembali aktif dekat blog ni balik . Tak kesah lah ada follower lagi ke tak , janji blog ni terusik . Blog ni lah bnyak benda yang diluahkan . Waktu suka , duka , semua bersama . Hehhh . Hope dapat update mcam dulu lagi ye. Alahai . rindu nyaa dekat awak blog . Sampai lupa macam mana nak edit semua dalam blog ni . Haha . Ni kena tengok tutorial balik lah ni . Hey Blog buruk , nanti ikut kita pergi belajar sama-sama ye . Awak kena teman saya waktu saya susah atau senang tau . Nasib baik password dah save terus dekat lappy mak ni . Kalau tak , mesti geram tahap gaban lah kalau tak dapat buka kan kan kan . Hiihi .

Kehidupan saya sekarang Alhamdulillah , sihat selalu .... Bulan depan nak masuk belajar dah . Walaupun tak dapat pinjaman mara , tapi PTPTN ada . Alhamdulillah , papa bagi ambil pinjaman tu . Takpe asma , sem satu ni pointer kena cantik , baru boleh dapat pinjaman mara and dapat elaun sekali untuk sem kedua . Kurang sikit beban papa nak tanggung adik beradik yang lain . Saya faham keadaan papa sekarang . Macam yang papa cakap , duit sekarang keluar macam air . Perghh , first time dia mengadu sampai macam tu sekali . Mungkin dia banyak sangat fikir pasal anak2 nak sambung belajar lagi , duit loan rumah , kereta , barang2 dapur , duit minyak kereta motor , ahhh .... mcam2 lagi laaa . Saya yang bukan dekat tempat dia pun tak tahu macam mana nak hadap semua ni . Tapi papa bagus dalam perbelajaan dia . Dia orang yang berjimat dan bukan kedekut . Dulu waktu zaman hingusan , selalu cakap papa kedekut Haji Bakhil , tapi bila fikiran dah matang ... dah tahu apa yang papa tanggung selama ni dan baru saya faham besarnya tanggungjawab sebagai Ketua Keluarga . Tabik spring lah dekat papa . Terima kasih ye jadi ayah yang bertanggungjawab dalam keluarga ni papa . Terima Kasih ALLAH kerana bagi aku lahir dalam keluarga yang sudah sempurna bagi aku . Allahurobbi .