Welcome to DUNIA NURASMA♥♥♥. Kalau dah baca tu , jangan lah lupa follow Asma balik ye Nanti korang beritahu dalam SHOUT BOX, InsyaALLAH Asma follow korang balik. Terima Kasih :)

Thursday, June 30, 2011

^^

JANGAN JADI BODOH SEBAB CINTA MONYET KAU TUHH !! grr~


pengajaran untuk hari ini .
thankss kawan - kawan :)

Tuesday, June 28, 2011

hee~ :)

MENCINTAI CINTA DAN MENYAYANGI CINTA . :DD


pembelajaran untuk hari ini
thankss ISNALDI B. NASRUL :)

Saturday, June 25, 2011

winkwink ^^

I may have failed, but I have loved you from the start


itu pembelajaran untuk hari ini . hee~ 

Macam mana nak bangun awal ??

p/s : request oleh BADRUL HISYAM :) 

oh,topik saya tips bangun awal pagi mudah sikit. Maksud mudah ialah tidak perlu ibu ketuk pintu bilik macam nak roboh.Sampai skru pintu semua longgar. sebab selalu diketuk bertalu-talu.

Juga tak perlu hp di snooze berjuta kali. Buat cair taik telinga. *geli*

Ayuh,mari kita menuju ke tip

Tips 1 : Makan malam awal sikit. Contoh pukul 6-8 pm. Ini supaya kamu tidak tidur terlalu awal sebab kekenyangan dan terbangun terlalu awal. Nanti kamu tidur balik dan kembali mengantuk. Pastu cakap kat ibu "5 minit lagi kejut along" atau "kejut along lepas kak chik mandi"

NO!

Tips 2 : Jangan tidur sepanjang petang. Maksud saya bukan jangan tidur petang tetapi JANGAN TIDUR SEPANJANG PETANG. Nanti terlebih tidur pastu mata tak nak lelap bila pukul 10 malam.

Tips 3 : Tidur mengiring ke kanan. Baca doa tidur. Kemudian baca ayat kursi + niat dalam hati nak bangun .subuh (whenever you wish). Nescaya tersedar sebelum alarm hp berbunyi. Tapi kalau tidur balik, jangan salah kan petua.

sekian, terima kasih.
 


Tertarik dengan AYAT ini :)

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

6 reason why sweet to be SINGLE . :D

p/s : copy and paste :)

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik Sememangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Friday, June 24, 2011

DIA :)


haaa , sapekah dea ? haha , 
jngn pike2 bkan2 eyhh . dea pngkat abg daa . hee~
nme dea ISNALDI B. NASRUL :) . umur ta pyah tahu lhaa en en en ?? agak2 je lhaa . tak penah jmpe lagi but hbungan kteorang ketat gler2 . haha .
dea bnyak mngalah dengan EGO aku . kdang2 dea pun EGO gak tpi ble dengan aku , dea ta brani nak tunjuk sngat EGO dea . haihh , ntah lhaa . bnyak2 bdak kat FB , dea sorang lhaa ta penah lost contact lgi . jarang doe dpat orang mcam neyy , dea tak penah jemu nak layan aku . hee~
 tuu yang aku ske ble borak-2 ngan dea . tak penah bosan . ade jee yang nak disembangkan . mke dea mcam QUE HAIDAR kankan ?? HAHA . kdang2 abg aku sorang neyy msok air gak . tuu yang best layan dea :DD
aku bnyak share story dngan dea . dea pun kdang2 gak share story dea ngan aku . da lme knal dea ?? nak kte lme sngat lhaa kankan tpi boley lhaa . Dea bnyak ajar aku tentang KEHIDUPAN .
wowww , hebatt kankan ?? UNTUNG LHAA DEA DAH MAKAN GARAM DULU . *betul ke ape aku ckap neyy ?? hentam sje lhaa labu .hehehe . 
bnyak ayat2 dea yg bagi pengajaran dekat aku . contoh , POST aku sebelum neyy . haa , dea laa yang bgi ayat tuu . alaa , bese lhaa , orang mcam dea dah bercinte . mesti dah rse pengalaman psal cinte kankan ?? 
okayy lhaa , jam dah pukul 5.00 pgi neyy . mte dah berat . grr~ 
tke cre taww korang . hee~ lap you :) byee . :DD

Monday, June 20, 2011

hello DUNIA PENGAWAS :)

senyum tak perlu kata apa-2



heyy heyy follower DUNIA NURASMA :) . ngee~
hoho , da bce tajuk kat atas tuu ?? chaitt !
geli-2 jee doe . HAHA . PENGAWAS ?? ouhh tidakk . ta minat dalam dunia neyy . grr~
asma msok PENGAWAS neyy pun sbb kene pkse ngan cikgu kat skola tuu . sbnarnyer nak dekat 2 bulan dah jdi , tapi baru nak update psal PENGAWAS neyy . dah tade keje kankan ?? HAHA . rindu nak pkai bju warne putih lhaa korang . :(




grr~ rindu baju neyy , haihyaa . 
kalau jdi pelajar biase kan best . ta pyah dtng awal2 dekat skolah . nak kene bertugas lgi . eeeeeeeeeeee . dah mcam BALACHI dah . minggu lepas nak OUT dri PENGAWAS neyy , tpi cikgu ta bgi . :(
sedih sngat2 . baru nak keluar . nak bebas dri peraturan-2 kat skolah tuu . arghh ! tapi ta dpat .
tapi tape , lgi sbulan nak jadi SENIOR dah . hee~ tngok lhaa korang . 
NUR ASMA FAIZA BT. ROSZI pegang skolah tuu . HAHA . *ayat ta boley blaa doe .
okayy lhaa korang . neyy je asma nak celoteh . da pnat menaip . hee~
tke cre taww korang . sayang korang ketat-2 . byee :)

Kasih sayang mengikut bulan lahir........


Januari 
- Mudah jatuh cinta. 
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Feb
ruari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. 

---------------------------------------------------- 

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. 

----------------------------------------------------- 


April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. 

----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan. 

---------------------------------------------- 


Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

-------------------------------------------- 


Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
------------------------------------------------- 


Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan. 

-------------------------------------------------- 

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya. 

------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan. 

---------------------------------------------- 


November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

--------------------------------------------------- 


Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan. 

Sunday, June 19, 2011

Happy PAPA's day ROSZI RAHIM :)

aucak aucakk . ngee~
long time tak update blog kodd . hee .
MISS DUNIA NURASMA :)


 ehh , ari neyy hari jadi papa sedunia lhaa . hee .
winkwink . neyy laa papa asma . handsome kankan ?? korang ade ?? HAHA ,
tade kankan ?? :P
hari neyy hari jadi bapa sedunia . asma ta sempat wish kat papa . bkan apee , malu lhaa . aku tahu papa mestu suruh cium pipi dea tuhh nnti . grr~
tapi ape ape pun kankan papa , faiza tahu papa bkak blog neyy nnti . sumpah , bngge dpat papa taww . sayang papa ketat2 . papa len dri yang len dri bapak2 kat lua sne . hee .
HAPPY FATHER'S DAY papa .

Tuesday, June 7, 2011

Pengorbanan


Tapi….dalam hidup ini, tidak semua yang kita 
ingini akan kita dapat malah kadangkala 
kita terpaksa berkorban hati dan perasaan.
Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain 

– Nur Asma Faiza Roszi :)

Monday, June 6, 2011

BUKAN SENANG NAK JAGA HATI KAWAN

Lagi susah daripada jaga hati kekasih. Kalau kekasih, bila pujuk sikit, da ok balik. Tapi kawan, kalau terasa memang susah nak pujuk

Pernah buat kawan terasa hati? Atau anda sendiri terasa hati dengan kawan? Dua2 situasi tu pun saya pernah hadapi. Memang sakit rasanya walaupun itu rencah dalam persahabatan. Kadang2 hanya sebab perkara kecil je seperti kawan tak ajak makan padahal dia expect kita tahu sebab memang itu time kita akan pergi makan

Semua manusia pun berbeza dan semua manusia pun mempunyai tahap terasa hati yang berbeza. Ada yang cepat pulih dan ada yang sampai putus persahabatan. Nauzubillah

Saya mengaku kadang2 saya tak reti jaga hati kawan sebab mengharap dia memahami saya. Atau pun kadang2 saya mementingkan diri saya sampai lupa hati kawan macam mana. Padahal sebenarnya saya seorang yang amat menyayangi sebuah persahabatan. Saya tak suka nak gaduh-gaduh. Saya akan menjadi orang yang sangat sedih bila satu persahabatn itu menjadi tegang akibat perbuatan saya sendiri. Dan saya seorang yang jenis cepat memaafkan kerana saya tak suka keadaan tegang yang lama


Pernah satu ketika, saya terlepas cakap dengan mengutuk secara gurauan seorang kawan. Dan saya tak sangka dia terasa hati yang amat sangat dengan apa yang saya kata. Dari sebuah persahabatan yang mesra dan penuh gurauan, dia ingin memutuskan persahabatan dengan saya dan berkata anggaplah saya dan dia tak pernah mengenali antara satu sama lain. Tak mungkin saya boleh menganggap tiada ikatan persahabatan pernah terjalin antara saya dan dia. Ye saya mengaku saya salah kerana terlepas cakap. Selepas berkali-kali saya cuba meminta maaf, dia masih tidak mahu memaafkan saya. Tapi saya hanya mampu berdoa supaya kami baik semula dan Alhamdulillah doa saya termakbul.

Betul lah quotes yang saya pernah dengar satu ketika dulu. Maaf tak ingat dari mana. Kalau kita buat salah dengan Allah, insyaAllah kita akan diampunkan dengan mudah sebab Allah Maha Pengampun, tapi bila kita buat salah dengan manusia, hanya jika manusia itu memaafkan kita baru lah dosa kita terampun

Kadang-kadang, dengan kawan rapat, kita lagi senang menyebabkan kawan rapat kita terasa hati sebab kita anggap dia mesti dah biasa dengan kita. Tak, itu salah sebenarnya. Kawan yang rapat dengan kita la yang kita lebih perlu menjaga hati mereka sebab dia amat menyayangi kita seperti menyayangi seorang kekasih. Bak kata SAIF ALI KHAN lagi “ Those have most power to hurt us, those that we love....". Kata orang pula, kekasih mudah ditukar ganti, tapi kawan sejati bagai permata yang sangat bernilai yang tak mampu dijualbeli

Sekali lagi, secara tak sengaja atau mungkin kerana mementingkan diri sendiri, saya telah membuat seorang sahabat terasa hati dengan saya. Saya amat amat sedih dengan kejadian ini. Bukan saya mahu semua ini terjadi. Taktala saya meminta maaf dengan dia di YM, air mata kesal saya mengalir deras kerana kesilapan saya sendiri. Kesilapan yang saya tak sedari yang menyebabkan hati seorang sahabat terluka. Ketika dia perlukan saya, mungkin saya tiada di sampingnya, saya pergi bergembira dengan yang lain. Beginikah perangai saya sekarang yang kononnya menjaga hati sahabat dan menyayangi sebuah persahabatan?

Patutnya seorang sahabat akan berada di samping ketika dia memerlukan barulah namanya sahabat bukan. Mungkin di kala dia amat2 memerlukan saya, saya seperti tidak menghiraukan dia. Maafkan ku sahabat ku. Bukan aku tak menghiraukan dirimu tapi kita sama2 menghadapai masalah yang amat berat. Kadang2 aku mahu bersendirian hanya untuk menangis sepuas hatiku kerana aku malu menangis di depan mu. Aku tak mahu membebanimu dengan masalah ku yang tak sudah2 dan tak selesai lagi sedangkan kau lebih menanggung kesakitan dengan masalahmu

Percayalah wahai sahabat, aku amat merinduimu. Aku rindu saat kita bersama, bergurau senda, makan bersama, meluahkan apa yang terbuku hati bersama, berkongsi segala rahsia yang hanya kita berdua sahaja yang tahu. Aku terlalu sayangkan semua itu. Tapi aku sedar, aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Aku sedar, aku telah membuatmu terasa banyak kali, bukan sekali, bukan dia kali tapi entah keberapa kali agaknya. Tegurlah aku jika aku jika aku salah kerna aku manusia yang mudah lupa, mudah lalai tapi aku mohon janganlah kau putuskan persahabatan kita. Aku ingin rapat dengan mu seperti dulu walaupun kau mengatakan tak mungkin kita akan sama seperti dulu

Aku hanya mampu berdoa supaya Allah melembutkan hatimu dan kau memaafkan ku dari kesilapan bodohku. Aku tak berani menjanjikan apa2 kerana aku amat takut sekali memungkiri janji tapi jika kau memerlukanku, just tell me kerna aku tak mampu membaca hati manusia. Maafkan ku sahabat. Moga ikatan persahabatan kita tidak berakhir di sini. Aku terlalu menyayangimu, percayalah

Air mata ku tumpah lagi. Ya Allah lembutkanlah hatinya…"Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship."
 
 

Aku tak sempurna: MENGALAH BUKAN KALAH :)


Kesombongan bukanlah saat kita bangga memakai pakaian yang indah,
tapi kesombongan adalah ketika kita meremehkan orang lain dan menolak kebenaran.



***** Cerita semalam *****


Tatkala terima kata-kata itu,
pagi yang cerah terus bertukar jadi gelap.
Sangat pedih. Mengguris hati.
Mungkin itu bukan niatnya.
Atau mungkin memang disengaja.

Seorang penyair berkata;
Tidak akan meluap ombak laut,
sampai membahayakan...
Hanya kerana lemparan kerikil seorang budak kecil.


Aku menarik nafas panjang.
Tenangkan diri.
Dan aku membalasnya dengan sebuah pujian.

Biarlah aku mengalah.

Hanya orang yang memiliki harga dan darjat sahaja yang akan menjadi sasaran pendengki.



***** Cerita hari ini *****


Tengahari yang panas.
Di simpang empat.
Sebuah kereta meluru laju.
Pemandunya, perempuan muda.
Dia berada di jalan besar, jadi wajarlah kereta lain memberi laluan kepadanya.
Tiba-tiba,
Muncul kereta dari arah lain yang dipandu oleh seorang lelaki;
tanpa sabar; sombong;
terus membelok tanpa isyarat.
Aku yang menyaksikan tergamam.
Kecut. Takut.
Serta-merta perempuan muda itu membrek.
Tanda mengalah.
Mujur….


******


Mengalah bukan bererti KALAH!!
Tapi mengalah untuk MENANG..

Alangkah...

Saturday, June 4, 2011

Apakah itu H I P O K R I T ?

Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?
tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?
Hmm…tengoklah. Kita bising bila orang buat keje hipokrit kat kita…kita gitau orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan2, dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu” atau “kalo aku marah pun takde la buat cam sekian sekian”. Kadang2 kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut…
haa tu dia…kita yang bajet bagus ni pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu? Dah jadi sama level dengan hipokrit tersebut. Kalau taknak jadi hipokrit baik diam je… tapi kalo diam je, camane nak selesaikan masalah? Nak bincang dengan sape? Nak ngadu kat sape? Kalo simpan dalam hati je bahaya. Nak taknak, terpaksa jugak kita luahkan.
So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang2 kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit…oleh itu…hati2 sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun gitu jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak , kahahah.
Yeap, inilah buah fikiranku.
SELAMAT BERAMAL :)