Welcome to DUNIA NURASMA♥♥♥. Kalau dah baca tu , jangan lah lupa follow Asma balik ye Nanti korang beritahu dalam SHOUT BOX, InsyaALLAH Asma follow korang balik. Terima Kasih :)

Wednesday, August 7, 2013

Beraya Di Melaka Wehhh (!)

Untuk dia , Hey ... Hihihi . Amekk mood rayaaa jappp yeee . 
ALhamdulillah , asmaa dah selamat sampai kampung . Ngeeeee ~ Dapat online ni pun pakai makcikk punyaaa wifi *guna tanpa izin sebenarnya . hihi . Alaaaaa , dengan anak saudara pun takkan kedekut . Pagi nanti nak sembahyang raya dahhh . Dapat bangun ke tak ni kan kan kan ? Mestilah tak dapat bangun alamatnyaa . Pukul 3 baru nak tidur kan , alamatnyaaa ke laut laaa wehh . Hahaha . Esok kena bebel dengan makcik lah gamaknyaaa . Anak dara pagi raya dok berselimut lagi atas katil .
Ermmm ... nenek asmaaa dah masak lauk rendang daging dengan ayam dah ni . Tak sabau sabau nak tunggu pagi esok . Nak mentekedarah lemang dengan nasik impit . Yelahh , dah tak puasa kan . Bedal jelah apa yang patut . Hahaha . Tapi ingat .... jangan sampai lupa orang lain bila makan . 
K lah korang , asmaaa nak kemas lappy dahh . Lega dapat update benda alah ni . 
Selamat Hari Raya Dunia Nurasma :) Iloveyouuuuuuusomuchieeee !

Hari terakhir Puasa di Bulan Ramadhan :')



Heyyy heyyy heyyy ! hihi . Waktu bersahur meng-update si Blog Pink ini . Waduhhh waduhhh . Mata enggak mahu lelap katanyaaa ..... Korang sihat ? Alhamdulillah . Bagus lahh kalau anda semua sihat . Esok dah nak raya dah . Macam tak percaya je kan kan kan . Masa berlalu dengan begitu pantas ..... Alhamdulillah , tahun nie asma puasa penuh setakat ni . Terima kasih Allah kerana panjangkan umur aku untuk menjalankan ibadah puasa aku tahun ini. 
Haaaa, korang tak balik raya ke ? Kalau balik kampung tuu , cakap dengan driver terhormat.... tolong drive
carefully and beware off dog k . Hahaha . Asmaa balik kampung jugak hari ni . InsyaALLAH kalau tak ada halangan , petang ataupun malam asmaa bertolak balik kampung . Kampung asmaa dekat Melaka jee . Senang-senang datang lah dekat Alor Gajah sanee . hihi . *macam ade jee orang baca blog buruk ni kan
Tolong doakan asmaa selamat pergi dan balik ye . Kalau asmaa ada salah dengan korang sama ada depan depan atau pun belakang korang ... korang maafkan lah asmaaa. Nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah dan silap . Maybe asmaa ade yang tak sempat nak minta maaf . Korang halalkan semua ape yang pernah asmaaa ambil tawww . Kalau ade hutang , bagitahu . Tak pun halalkan .... Maybe asmaa terlupa nak bayar balik ke kan kan kan . Ape2 hal meseg lah asmaaa bila pagi raya nanti . Hahaha . 

*Kepada awak : Minta maaf yee selama ni ade buat salah . Halalkan semua . Doakan orang dekat sini sihat selalu okayy . Kita pun selalu doakan untuk awak . Semoga sihat selalu , bahagia dengan orang tersayang . Rindu awak sangat sangat . ----> M.F ;')

Okay korang .. asmaaaa nak bersahur dah . And offline wifi . Nanti papa marah buka laptop pagi-2 buta . Ingat anak dia ni dok menggedik dengan jantan . Bhahaha . 
Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Maaf Zahir dan Batin . Duit Raya jangan lupa okayy . Sharing Is Caring ... 
Assalamualaikum :*


 

Tuesday, August 6, 2013

Student KPTM Bangi

heyyy semua . Amboi , lama dah tak update si blog pink ni . Hihi . Busy memanjang lah katakan . Dah sebulan jadi student KPTM Bangi . Bila dah masuk dunia kolej ni , kena faham-faham lah . Pagi sampai petang penuh dengan kelas . Malam je baru dapat rehat . Tu pun kalau tak ada homework , baru lah dapat rehat . Kalau ada homework , kenalah tahan mata dengan room mate , buat homework sama-sama .
 Macam macam ragam dah berlaku dekat kolej . Ada gembira , suka , duka , sedih , menangis . Alah , standard lah tu kan . Mana mana kita pergi mesti ada dugaan. Cuma mampukah kita untuk menghadapi semua dugaan tu . InsyaALLAH , kita kena kuat . Kawan kawan aku banyak tolong aku waktu susah . Hanya allah dapat membalas semua kebaikan korang weh . Serius , harap sangat sem 2 jangan tukar kelas okay . Mesti sedih bila dapat tahu kita tak sama kelas nanti . Haihhh . Ya Allah , kau janganlah pisahkan kami semua . Kau satukan lah kami walau apapun yang berlaku . Amin Amin Amin.

 * Kata kata untuk malam yang indah ini . 
Mudah untuk memaafkan seseorang tetapi sukar untuk melupakan apa yang telah berlaku .

Ehhh , sebelum terlupaaa .. hari nie hari jadi room mate asmaaa . Nur Aliah Izzati Bt. Affandy . 
Happy birthday sayang . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu . Kita belajar sama-sama kayy . Nak banggakan parents kita kan kan kan . Aku sayang kau tawww wehh . Maafkan aku kalau ade salah and silap aku dekat kauu . Rindu mak abahh . hahaha . Muahhhh .


Friday, June 21, 2013

Sayu :'(


Heyy korang :'( tadi aku nampak M.F online dekat whatsapp . Aku tegur dia :') Aku taktahu kenapa wehh Hati aku sayu sangat hari ini . Rasa nak borak-borak dengan seseorang tapi taktahu apaaaa. Ya Allah , kenapa ye ? Aku rindukan dia sangat-sangat . Aku sayangkan dia mungkin . Aku terlalu rindukan kenangan dengan dia sebelum ni :'(

Aku takboleh lupa apa yang aku tempuh dengan dia selama ni . Aku pergi dari hidup dia sebab aku terlalu dah terlalu kuat untuk semua ni :'( Ya Allah , dah lama tak OTP dengan dia , lama dah tak skype dengan dia . Lamanya tak jumpa dengan dia , lamanya tak tengok muka diaaa :'(((

Aku minta maaf M.F sebab pergi dari hidup kau . Aku dah tak mampu. :')

M.F , kau ingat tak lagu Ya Sudahlah yang kau suruh aku dengar dulu ? hihi . Rindu sangat wehh . Aku akan cuba kuat . Aku dah nak masuk kolej dah selasa ni . Alaaa , kau masih ada masa alagi nak tawan hati awek lain . Kau apa kurang hebatnya kan? Dulu pun kau semangat nak mengAYAT aku dekat FB . Acecehhh . Tapi kalau aku dah ada kawan baru , kau jangan terasa ye weh :') Kau kena kuatlah time tu . Sekarang pun kau dah berubahkan . Kau nampak kuat sangat sekarang berbanding dulu . Aku happy untuk kauu M.F . Alaaaa , orang kata jodoh tak kemanaa bukan ? Percaya lah kata-kata hikmat tuu . Wallahua'alam 

Chill lah beby , nama kau nie akan senantiasa terselit dekat hati aku . Mak pun dah kenal . So senanglah nanti cerita nyaa . Kalau ada jodoh , aku akan kenalkan kau dengan papa okay . Tapi bukan sekarang , sebab aku nak fokus dekat study dulu . Aku taknak papa fikir aku bukan-bukan lagi . Cukuplah dulu aku dah menyusahkan dorang wehh . Walaupun kadang-kadang aku lupa kauu . Choyy . Biasa ahh . Susah nak melupakan seseorang tuu kan :') Hmmm

Kita kawan okay . Okay lah , Dari jauh Friends Forever okay .
Kalau itu yang kau nak :') K lah , malas nak layan perasaan .
Kbyeeee

Wednesday, June 12, 2013

Hai sepet :)

Heyyy Stalker , siapa si sepet ? Hmmm , biar jelah aku seorang yang tahu . Sebenarnya rindu dia sangat . Cuma ego menyebelahi diri aku sendiri . Ego nak tinggi menggunung je kan kau ni asmaa . Haishhh . Aku harap kau bahagia nanti ye . Memanglah hati kau taknak terima semua ni, tapi Allah Maha Kuasa sayang , Dia tak kejam dengan hamba-hambanya . Mesti kau akan dapat orang yang istimewa lepas ni . Kau pun kenalah berusaha ye . Amin amin ya amin . Thanks sebab jadi kawan aku sampai 1 tahun 10 bulan weh . heee. Banyak pahit , manis ,masin aku dengan kau . Kau banyak happy kan aku doeee . Kau nak jadi chef satu hari nanti kan kan kan ? Kejar cita-cita kau tuu tawww wehhh . Aku tetap sokong kau dari jauh . InsyaALLAH . Kau belajar rajin-rajin ye wehhh . Aku nak tengok kawan aku nie berjaya . Kau kenalah happykan mak kau tawww . Kau sayang mak kau kan ? Buktikan dekat dia okayyy senget ! Kau doakan untuk aku bilaa aku dah sambung belajar nanti tawww. Aku nak mulakan cerita baru dekat sanaaa nanti . Kau kena stalk blog aku hari hari okayy ! hahhaaa . K lahhh , Jaga diri untuk awak .... Semoga berjaya di dunia dan di akhirat .

Ikhlas dari -----> N.A.F.R :)

Thursday, May 30, 2013

Melaka , InsyaALLAH hari ini aku sampai :)


Hai dan hello stalker sekalian . Lewat-lewat ini lah baru ada masa nak update blog . Sebenarnya tak ada apa yang nak di-post kan tapi bila dah ada peluang ni kan , kita update jelah . Say tahu bukan ada orang tengok pun tapi takpelah . Ini blog kita kan , buat lah ape yang nak buat asalkan tidak ke arah keburukan . Ehekkk .  Just nak cerita , esok kalau tiada apa-apa halangan nak balik kampung . Hihikkk . Nanti dekat sanee blog tak dapat nak update dah . Alahai . Baru nak bermanja tangan nak menaip blog minggu ni , dan dann tak dapat untuk seminggu . Rindu lah dekat awak dear Dunia Nurasma . hahaha *macam hidup pulak blog ni kan . Ishhh . Jangan taksub sangat dengan benda-benda karut ni . Tak baik tauuu .
Next post nak cerita pasal bedak arab . Tunggu tawwww ^^v

Monday, May 27, 2013

Apabila malam menjadi siang . Hihi

Heloo dan selamat pagi wahai blogger sekalian , layan blog ni pun sebab tak dapat nak tidur ni . Tu laaaa , dah terlampau biasakan sangat tidur lambatkan ... ini makan dia. Hihi Rasa risau pulak kalau asyik terlalu biasakan sangat tak tidur malam ni . Nanti dekat kolej nanti , parents dah tak boleh nak kejutkan kita pagi-pagi macam nak sembahyang subuh ke , pergi kelas ke dan sebagainya . ehekkk . Ini semua atas diri sendiri sahaja lah kalau dah masuk dalam alam kolej ni. Alahai , tak sempat nak honeymoon lama-lama lepas habis SPM tahun lepas . Tahun ni walaupun Asma tak sekolah , tapi kena tetap bangun pagi jugak sebab jadi PEMANDU TERHORMAT untuk mak . Hahah . Caption bagi besar sikit lah kan . Bukan nak mengeluh dengan apa yang Asma kena buat selama ni , tetapi tahun ni sama je macam alam persekolahan . Pagi-pagi kena bangun macam nak pergi sekolah jugak . Ahaha . Tapi takpa, menolong ibu itu besar pahalanya InsyaALLAH. Lagi-lagi kalau hantar itu kerana ikhlas dan bukan paksaan . Alahai , kalau kita nampak pahala tu macam mana , kita semua ni mesti terkejar-kejar nak berebut pahala tu kan tapi ALLAH nak tengok sejauh mana iman hamba-hambaNya ini . Allahurobbi . Islam ini agama yang mudah . Kita je yang mengada-ngada sangat menyukarkan ia kalau pasal agama. Kalau pasal K-Pop , laju je kan budak-budak sekarang dan ada sampai marah kalau konsert K-Pop dibatalkan. Astagfirullah , dunia akhir zaman sayang . Semoga Allah berikan hidayah untuk umat-umat Nabi Muhammad sekalian dan termasuk saya yang tidak serba sempurna ini . Ajal dan maut di tangan Allah . Pintu taubat tidak akan menunggu kita untuk bertaubat . Jangan kita kalau dah masuk dalam liang lahad , baru nak kembali menyembah ALLAH kerana orang yang tidak kuat tentang agama ini akan menyesal bila dah meninggal dunia . Ini adalah kisah benar dan saya tidak tambah-tambahkan cerita ini . Segala yang buruk datangnya dari saya dan segala yang baik datangnya dari ALLAH s.w.t . Wallahua'lam

Sunday, May 26, 2013

Rindu sangat dekat Blog ni :'(


Ada lagi ke follower dalam ni ? Nak dekat setahun lebih tak buka , then bila baca balik semua dalam ni , nak tergelak pun ada . Hihi . Itu masa dunia tak matang lagi . Alam persekolahan kan . Hehh , mcam tuu laa gaya nyaa . Ya Allah , dah lama sangat tak menaip ni . Rasa kekok pun ada . hihi . InsyaALLAH , nak kembali aktif dekat blog ni balik . Tak kesah lah ada follower lagi ke tak , janji blog ni terusik . Blog ni lah bnyak benda yang diluahkan . Waktu suka , duka , semua bersama . Hehhh . Hope dapat update mcam dulu lagi ye. Alahai . rindu nyaa dekat awak blog . Sampai lupa macam mana nak edit semua dalam blog ni . Haha . Ni kena tengok tutorial balik lah ni . Hey Blog buruk , nanti ikut kita pergi belajar sama-sama ye . Awak kena teman saya waktu saya susah atau senang tau . Nasib baik password dah save terus dekat lappy mak ni . Kalau tak , mesti geram tahap gaban lah kalau tak dapat buka kan kan kan . Hiihi .

Kehidupan saya sekarang Alhamdulillah , sihat selalu .... Bulan depan nak masuk belajar dah . Walaupun tak dapat pinjaman mara , tapi PTPTN ada . Alhamdulillah , papa bagi ambil pinjaman tu . Takpe asma , sem satu ni pointer kena cantik , baru boleh dapat pinjaman mara and dapat elaun sekali untuk sem kedua . Kurang sikit beban papa nak tanggung adik beradik yang lain . Saya faham keadaan papa sekarang . Macam yang papa cakap , duit sekarang keluar macam air . Perghh , first time dia mengadu sampai macam tu sekali . Mungkin dia banyak sangat fikir pasal anak2 nak sambung belajar lagi , duit loan rumah , kereta , barang2 dapur , duit minyak kereta motor , ahhh .... mcam2 lagi laaa . Saya yang bukan dekat tempat dia pun tak tahu macam mana nak hadap semua ni . Tapi papa bagus dalam perbelajaan dia . Dia orang yang berjimat dan bukan kedekut . Dulu waktu zaman hingusan , selalu cakap papa kedekut Haji Bakhil , tapi bila fikiran dah matang ... dah tahu apa yang papa tanggung selama ni dan baru saya faham besarnya tanggungjawab sebagai Ketua Keluarga . Tabik spring lah dekat papa . Terima kasih ye jadi ayah yang bertanggungjawab dalam keluarga ni papa . Terima Kasih ALLAH kerana bagi aku lahir dalam keluarga yang sudah sempurna bagi aku . Allahurobbi .