Welcome to DUNIA NURASMA♥♥♥. Kalau dah baca tu , jangan lah lupa follow Asma balik ye Nanti korang beritahu dalam SHOUT BOX, InsyaALLAH Asma follow korang balik. Terima Kasih :)

Monday, June 6, 2011

Aku tak sempurna: MENGALAH BUKAN KALAH :)


Kesombongan bukanlah saat kita bangga memakai pakaian yang indah,
tapi kesombongan adalah ketika kita meremehkan orang lain dan menolak kebenaran.



***** Cerita semalam *****


Tatkala terima kata-kata itu,
pagi yang cerah terus bertukar jadi gelap.
Sangat pedih. Mengguris hati.
Mungkin itu bukan niatnya.
Atau mungkin memang disengaja.

Seorang penyair berkata;
Tidak akan meluap ombak laut,
sampai membahayakan...
Hanya kerana lemparan kerikil seorang budak kecil.


Aku menarik nafas panjang.
Tenangkan diri.
Dan aku membalasnya dengan sebuah pujian.

Biarlah aku mengalah.

Hanya orang yang memiliki harga dan darjat sahaja yang akan menjadi sasaran pendengki.



***** Cerita hari ini *****


Tengahari yang panas.
Di simpang empat.
Sebuah kereta meluru laju.
Pemandunya, perempuan muda.
Dia berada di jalan besar, jadi wajarlah kereta lain memberi laluan kepadanya.
Tiba-tiba,
Muncul kereta dari arah lain yang dipandu oleh seorang lelaki;
tanpa sabar; sombong;
terus membelok tanpa isyarat.
Aku yang menyaksikan tergamam.
Kecut. Takut.
Serta-merta perempuan muda itu membrek.
Tanda mengalah.
Mujur….


******


Mengalah bukan bererti KALAH!!
Tapi mengalah untuk MENANG..

Alangkah...

No comments:

Post a Comment